A MoMent to aPPreCiaTe

Gunakan minda separa sedar (subconscious mind) untuk Capai Impian

Sabtu lepas, 21 April 2012, aku pergi 2nd anniversary Monavie.
Aku tak planning pun nak pergi anniversary ni. 
Maklumlah, aku baru jadi ahli last week. hehee

So, kepada sesiapa yang berminat nak beli air minuman Monavie ni boleh contact aku yer.
Aku akan cerita lebih lanjut tentang Monavie dan benefitnya dalam post yang lain.
Sebab post ni aku nak focus pasal minda.

Penah dengar pasal subconscious mind?
Kalau korang pernah baca buku Membina Imaginasi Cemerlang, tulisan Dr Tuah Iskandar, mesti korang tahu pasal benda ni.
Jadi, apa kaitannya anniversary Monavie dengan subconscious mind?

Ok, masa anniversary tu, Monavie meraikan dealer - dealer mereka yang berjaya.
Program yang monavie buat ni lebih kurang macam MLM. Cuma konsepnya 2 kaki sahaja untuk pair. 
Dan kalau terputus pun rantaian tu masih melayakkan anda untuk dapat bonus.
Kisahnya mereka yang berjaya ini tentulah ramai downline di bawah mereka.
Ada seorang ni pemenang anugerah Black Diamond. Black diamond kira anugerah tertinggi dalam Monavie.
Insan ni berjaya sampai ke tahap itu dalam masa lebih kurang 2 tahun.

Dia ni seorang lelaki Melayu. Dia naik ke pentas tu dengan wife dia.
Dan dia tidak lupa untuk berterima kasih kepada wife dia dan meraikan kejayaan dia bersama-sama atas pentas itu.
Sebelum dia bermula dengan Monavie, hidup dia susah, hingga dia hampir bankrap.
Sampai suatu ketika tu dia terpaksa buat kerja mengutip besi.
Tengok, kerja macam tu pun dia buat demi nak bagi anak isteri makan hasil yang halal.
Oleh sebab keadaannya yang kesempitan wang, maka apabila ada orang yang ajak dia untuk menyertai Monavie, dia pun tanpa ragu-ragu mengikutnya.
Nak jadi ahli Monavie hanya perlukan RM60. 
And dia tak cerita macam mana dia dapatkan modal RM60 tu plus modal untuk beli air Monavie.
Maybe upline dia bantu. (Aku agak ajela)

Hasilnya, selepas lebih kurang 2 tahun, dia dah berjaya mendapat RM100,000 lebih sebulan.
Banyak tak angka tu? Sangat banyak. Siapa yang tak inginkan dapat income bulanan macam tu.

Mungkin, bila aku cerita kisah ni, ada yang anggap cerita ni cliche'. Ada yang akan kata,
MLM mesti cerita kisah sedih dulu.
Apa yang aku nak highlight dekat sini bukan semata-mata kisah sedih dia. Dan aku tak ambil pusing pun kalau dia menipu. Tapi, aku ambil intipati kejayaan dia.

Korang rasa apa faktor yang menyebabkan dia ni berjaya?
Dia berjaya sebab dia ada subconscious mind. Dalam layman term, dia ada sebab yang kukuh atau daya penolak yang kuat pada masa itu untuk dia berjaya. Masa dia sertai Monavie, dia dah cakap pada diri dia, dia akan berjaya dapat income RM100,000; 2 tahun dari masa dia sertai Monavie.
Jadi, masa dia cakap pada diri dia 2 tahun yang lalu, dia secara tidak langsung mengarahkan minda separa sedar dia untuk bertindak. Dan untuk pengetahuan anda, subconscious mind lebih cepat bertindak jika ada daya penolak yang kuat. Dalam kisah ni, daya penolak dia adalah untuk mendapatkan wang demi menyara kehidupan keluarga.

Anda rasa kalau masa upline tu offer dia tidak berada dalam kesempitan wang, boleh tak dia berjaya?
Jawapannya tetap boleh. Cuma berapa lama masa yang dia ambil, itu perbezaannya.
Sebab bila kita berada dalam 'comfort zone', kita lebih malas untuk melakukan sesuatu untuk mengubah kehidupan kita. Betul tak? Korang sekarang ada yang jadi engineer, doktor, akauntan, fashion designer atau apa saja kerjaya korang sekarang; korang happy, selesa dan itu telah menimbulkan rasa malas untuk menjadi seorang yang lebih berjaya.



Jika orang tanya siapa nak jadi jutawan, hampir semua orang akan mengatakan ya. Tapi, berapa ramai yang hanya berangan Mat Jenin, dan berapa ramai pula yang benar-benar merealisasikan impian itu?

Kesimpulannya di sini, tidak salah untuk berangan,tapi tukar angan-angan itu kepada sebuah impian agar ianya InsyaAllah akan tercapai suatu hari nanti.
Cubalah lakukan teknik ni. Setiap kali kita berangan contohnya nak pakai kereta BMW, tetapkan matlamat,  berapa lama untuk kita sampai ke arah itu dan apa yang perlu kita lakukan untuk ke situ.

Ingat ya, letakkan matlamat biarlah relevan. Contohnya nak pakai BMW dalam masa 6 bulan, dan sekarang kita hanyalah pekerja makan gaji. Itu memang tak relevanla. Relevannya : Dalam masa 3 tahun lagi insyaAllah aku akan pakai kereta BMW dengan hasil perniagaan (bekerja + buka bisnes sendiri). GAMBATE KHUDASAI!!





Semoga bermanfaat membaca Gunakan minda separa sedar (subconscious mind) untuk Capai Impian.
0 Comments for "Gunakan minda separa sedar (subconscious mind) untuk Capai Impian"

Back To Top