A MoMent to aPPreCiaTe

Shopping terindah

Lepas keje tadi aku pergilah Carrefour (C4), Mid Valley nak beli barang dapur sikit. Bila aku dengan Wani dah sudah cari barang yang kitorang nak & dah nak sampai depan counter, tiba2 teringat Marjerin tak jumpa lagi.

Ktorang pun decide nak pergi carik and tinggalkan barang2 yang ktorang dah amik tu dalam bakul dekat tepi rak. Ni kes malas nak angkut barang tu merata. Aku pun dengan penuh keyakinan mengatakan pada Wani yang takde sapa nak amik barang2 tu pun since barang2 tu lum bayar pun lagi.

5 minits later... Kami kembali ke tempat bakul yang ditinggalkan dengan sekotak marjerin. Alamak, mana pi barang2 dalam bakul tu??? Kosong!! Takkan hilang kot. Aku dah buat muka terkejut + malu disebabkan tadi dengan yakinnya cakap kat Wani yang barang2 tu takkan hilang.  Wani dengan muka tak percaya sebab ingat aku melawak kat tengah Carrefour tu. Hahahaa, padan dengan muka aku...tinggalkan lagi barang.

Jenuh dok tanya staff kat situ kot dorang ada amik barang2 tu.. tapi x jumpa. Sorang staff ni kata, maybe mat2 bangla pekerja C4 da collect barang2 tu. Dorang ingat customer xjadi beli. Hahahaha

Maka dengan penuh rajinnya kami pun pergilah amik lagi barang2 yang beraneka jenis tu semula.. hari ini dalam sejarah, pusing shopping mall sebab nak carik barang yang sama semula..

Selama ni kalo aku tinggalkan barang2 dlm troli sekejap kat shopping mall x penah yang ilang. Moral of the story - next time jangan tinggalkan troli or bakul anda bila dah amik barang especially kat C4 or nama barunya AEON Big.
Semoga bermanfaat membaca Shopping terindah.
0 Comments for "Shopping terindah"

Back To Top