A MoMent to aPPreCiaTe

Trip to Padang - Bukittinggi, Sumatera Barat (Day 3)

Hari ketiga kami dikejutkan dengan gegaran kecil. Masa ni kami di bilik hotel. Cuak jugakla aku bila berlaku gegaran tu. Berdoa dalam hati agar tak berlaku lagi gegaran kuat. Penduduk kat sana buat tak kisah je ade gegaran kecil, sebab mereka dah biasa agaknya. 

Schedule kami hari ni ke Tasik Maninjau, tanah kelahiran Hamka. Untuk ke sana, kami perlu melalui keluk 44. Sebenarnya keluk yang ada di sini lebih 100, tapi yang dikira hanyalah 44. Memang berbelok-belok jalan di sana.. Boleh pening bagi yang tak biasa. Kami sampai ke keluk 37 je. Tengok view tasik yang cantik dari sana. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..nyaman sungguh. Sebelum sampai ke keluk 37 ni kami singgah pekena kopi and teh halia di Kedai Panorama. Dari Panorama pemandangan ke bawah pun sangat cantik. Tersergam indah sebuah masjid di tengah-tengah landskap yang menghijau...







Lepas Tasik Maninjau kami terus ke Rumah Makan Benteng di Bukittinggi. Itupun dah tengahari, so kami decide lepas makan terus ke Lubang Japang, kubu Jepun di zaman pemerintahan mereka dahulu. Disebabkan nak turun ke Lubang Japang ni punyalah jauh, kami amik gambor dari atas je. Melihatkan bentuk tembok and tangga yang berliku umpama Tembok Besar Cina and hati pun dah melonjak nak continue shopping di Pasar Atas, maka bersegeralah kami bergerak dari situ. hehee.. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan history Lubang Jepang. From Lubang Jepang, kami dapat lihat panorama Sianok Canyon or Ngarai Sianok. Boleh jugak nak shopping drawing gambar view yang cantik-cantik di sini. Dari pemerhatian aku, penduduk Bukittinggi ni majoriti berbakat seni, seni lukis and sulaman.


Keluar dari Lubang Japang, terus ke Pasar Atas. Shopping beg untuk sumbat barang-barang yang dah menimbun kat bilik. hahaa..

Ok, sampai di sini sahaja siri ketiga.. esok dah nak balik.. sedihnyaaa :(




Semoga bermanfaat membaca Trip to Padang - Bukittinggi, Sumatera Barat (Day 3).
Tag : Holiday
1 Comments for "Trip to Padang - Bukittinggi, Sumatera Barat (Day 3)"

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Back To Top