A MoMent to aPPreCiaTe

Hasil dagangan di PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013

Selamat sudah menjelajah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Alhamdulillah dapat juga semua buku yang aku nak.

Kononnya pi petang Jumaat tak ramai orang, hampeh je. Ramai giler orang dekat PWTC. Sampai ada yang duduk dekat lantai sebab dah letih shopping buku. Rombongan budak sekolah paling ramai. Agaknya semua dok menunggu acara tahunan Pesta Buku ni.

Nak bayar pun kena queue panjang giler esp counter Jemari Seni. Semua dok rebut buku Anthem-Hlovate. Meletopla karya die, bertambah popularla ko lepas ni Hlovate. Aku tak leh review lagi buku ni sebab tak bukak sampul lagi. Hehee

Apapun tahniah untuk semua yang sanggup bersesak dekat pwtc. Dengan parking yang full, memang mencabar. Huhuu.. kesanggupan korang tu petanda rakyat Malaysia kini semakin sedar akan kepentingan membaca. Tak kisahla korang baca novel je ke, yang penting apabila korang membaca, neuron kat otak pun berfungsi. Ia boleh mengelakkan penyakit alzemier/nyanyuk bila tua kelak.

Ok guys, happy reading ♥♡
Semoga bermanfaat membaca Hasil dagangan di PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013.
0 Comments for "Hasil dagangan di PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013"

Back To Top