A MoMent to aPPreCiaTe

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIBF) 2013

Dah lama juga aku tak mencoret di blog aku ni. Maklumla, busy dengan urusan keje and assignment. Plus, aku baru je lepas menghadap final exam yang agak hazabla jugak..Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal moga lulusla. Final sem tu. Sem depan cuma buat dissertation je. Tak larat nak masuk class and hadap all the assignment again!! Hopefully i'm not going to repeat the subject.

Ok, kita tinggalkan pasal exam dan assignments. Jom kita serbu Pesta Buku Antarabangsa yang akan bermula 26 April till 5 May 2013 ini. Dekat mana lagi kalau bukan di tempat yang sama every year - PWTC, Kuala Lumpur. Bolehla guna Baucar Buku 1 Malaysia yang tinggal RM200 lagi tu. RM50 aku dah guna beli buku aritu. Bukula sangat, novel sebenarnya. heheee...



Kepada yang ada masa terluang tu, jom kita ramai-ramai pi Pesta Buku. Boleh beli buku, dapat ilmu and cuci mata sekali. Eh, cuci mata? Jangan fikir bukan-bukan, cuci mata tengok buku yang pelbagai tajuk dan genre pada harga yang kaw-kaw berpatutan. Oh ya, kat Pesta Buku ni komik pun ada jual. So, bagi yang tak minat sangat nak baca buku-buku serius tu, bolehla ke booth yang jual Ujang, Apo or apa saje bahan bacaan komik yang korang minat. 

Aku plan insyaAllah, nak pi PWTC this Friday with my bff la, si manis Fahada and Nadya. Kami nak serbu booth FIXI, Alaf 21 & Jemari Seni. If ada rezeki leh jumpa penulis-penulis novel mintak dorang sign dekat buku-buku yang aku bakal beli tu.

Oh ya, jangan lupe simpan resit buku-buku tu ye. Bulan Mar-April tahun depan boleh claim income tax. hahaaa
Semoga bermanfaat membaca PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIBF) 2013 .
0 Comments for "PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIBF) 2013 "

Back To Top