A MoMent to aPPreCiaTe

FLORIA 2013, PUTRAJAYA - ORKID

Sabtu yang lepas sempat aku berjalan ke Floria 2013, Putrajaya untuk melihat pameran bunga yang bertemakan orkid. Masa tu udara di Lembah Klang dan Putrajaya masih lagi di tahap ok, tidak seteruk jerebu melanda pada hari Ahad dan juga hari ini. Nampaknya Malaysia Barat pun dah terkena tempias jerebu. Aku harap  jerebu ni cepat ok untuk mengelakkan lebih ramai terkena penyakit. 

Berbalik pada Floria 2013. Floria ini diadakan di Waterfront, Presint 2, Putrajaya. Ia berlangsung dari 22 Jun sehingga 30 Jun 2013. Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam (Isnin-Khamis) dan 9 pagi hingga 12 malam (Jumaat - Ahad). Masuk adalah percuma. 

Bagi yang merancang nak cari orkid atau bunga-bunga yang lain seperti bonsai, bolehlah pergi ke sana. Mereka yang tiada tujuan nak membeli pun boleh ke sana untuk melihat pelbagai pameran orkid yang cantik-cantik. Terbukti mereka yang membuat dekorasi orkid di situ memang kreatif. Floria kali ni turut disenaraikan di dalam Malaysia Book of Records untuk hiasan dinding yang menarik. Kiranya tak rugi jika ke sana walau untuk berjalan-jalan. 

Jom kita enjoy gambar-gambar yang sempat dicapture.






 Taman yang didekorasi oleh agensi-agensi kerajaan





Semoga bermanfaat membaca FLORIA 2013, PUTRAJAYA - ORKID .
3 Comments for "FLORIA 2013, PUTRAJAYA - ORKID "

Cantik-cantik gambarnya..Bunga orkid ni susah sikit jaga.

tak dapat pegi. terlepas peluang. waa..

Rambang mata tengok orkid yang cantik2 kat sana. Memang superb la decoration utk floria kali ni.

Back To Top