A MoMent to aPPreCiaTe

Kabinet Tolak Cadangan PTPTN disenarai CCRIS

Selepas ramai yang tak berpuas hati dengan isu PTPTN bakal disenaraikan dalam CCRIS pada hujung bulan ini, jemaah menteri pada hari ini akhirnya sebulat suara menolak cadangan berkenaan selepas mengambil kira pelbagai faktor dan mendengar suara rakyat. Oleh itu, PTPTN tidak akan disenaraikan dalam sistem rujukan maklumat kredit berpusat (CCRIS). 

Untuk pengetahuan, sistem CCRIS ini akan merekodkan jumlah pinjaman setiap individu di Malaysia. Jadi semua maklumat pinjaman rumah, kereta, dan pinjaman peribadi terdapat dalam sistem ini. Pihak bank akan melihat kepada CCRIS untuk menilai kemampuan bakal peminjam membayar balik hutang. Jika terlalu banyak komitmen, maka peluang untuk loan anda diluluskan adalah amat tipis. Disebabkan itu, ramai yang gusar apabila PTPTN turut disenaraikan dalam CCRIS. 

Hari ini, semua peminjam PTPTN boleh berlapang dada apabila keputusan menolak cadangan ini diambil oleh pihak kerajaan. Namun, suka untuk aku ingatkan di sini, apabila dah berhutang tu pandai-pandailah bayar. Pembayaran anda itu bakal mencerahkan masa depan generasi akan datang terutamanya anak-anak anda sendiri. Bayar sikit-sikit pun tak apa, lama-lama menipislah hutang tu. 

Kepada yang masih belum opt kepada pembayaran ujrah 1%, bolehlah segera merujuk kepada pihak PTPTN. Dengan caj 1% ini, semestinya jumlah hutang dapat dikurangkan. Sama-sama kita merancang untuk masa depan yang cerah. Jangan dah ditahan untuk ke luar negara, baru nak sibuk bayar PTPTN. Masa tu baru nak mula membayar, memang dah terlambatlah jawabnya.
Semoga bermanfaat membaca Kabinet Tolak Cadangan PTPTN disenarai CCRIS .
Tag : CCRIS, PTPTN
2 Comments for "Kabinet Tolak Cadangan PTPTN disenarai CCRIS "

Oklah caj perkhidmatan dah dikurangkan 1%...Byarlah sikit-sikit. Nama hutang. Trylah bayar sikit-sikit

Setuju tu cutimalaysia. Dah nama pun hutang, confirm kena bayar balik kan.

Back To Top