A MoMent to aPPreCiaTe

BERCUTI KE SEOUL KOREA ~ MAY 2014 (PART 1)

Setelah hampir sebulan meninggalkan bumi Korea, baru hari ini aku berkesempatan untuk bercerita di blog yang telah lama aku tinggalkan ini. Maaf sebab aku sibuk dengan tuntutan kerja, tesis dan juga penyakit 'M'. Percutian a.k.a honeymoon aku ke Korea hanya ditemani Mr. Suami. Dah nama pun honeymoon, takkan aku nak pergi ramai-ramai pulak kan. 

Flight kami pukul 5 pagi, 1 May 2014. Masa tu Airasia masih beroperasi dari LCCT. Actually, flight kami delay, supposely kami depart pukul 1 pagi. Nasib baik perasan sms dari Airasia dalam pukul 7 malam camtu, maka aku dan Mr Suami dengan segera memikirkan cara untuk kami ke LCCT memandangkan kami perlu bergerak tengah malam dari rumah di Cheras. Ikut schedule, kami sepatutnya naik ERL dari Tasik Selatan. Since flight delay, plan B pun muncul. Mr Suami decide kami amik taxi airport dari rumah. Calling-calling alhamdulillah masih ada yang available. Pukul 12 malam kami bertolak dari rumah. 

Sampai di airport, terus ke tempat menunggu untuk boarding. Belum masa boarding, tapi kami tak tahu nak tunggu dekat mana lagi. Sampai je ke tempat menunggu di boarding gate, aku tengok orang yang tunggu dekat situ dapat selimut warna merah dengan bantal. Aku nampak staff Airasia yang bertugas di situ dan dengan tak malunya bertanya dari mana nak dapat selimut tu. Dia pun mintak tiket dan bagi aku 2 set selimut, bantal, sandwich dan air mineral. Tak sia-sia aku tebalkan muka bertanya. Rupanya sebab flight delay, makanya Airasia terpaksalah bermurah hati bagi benda-benda tu.

Sampai masa berlepas, dup dap dup dap juga hati ni, al-maklumlah kes MH370 masih tak settle. Aku hanya mampu berdoa agar perjalanan kami dipermudahkan. Aku rasa flight pagi tu memang penuh, ramai sangat orang. Alhamdulillah, dalam pukul 12 tengahari kami mendarat di Incheon Airport, South of Korea. 

Suasana di Balai Ketibaan Incheon

Sampai je, kami terus menuju ke kaunter Olleh untuk sewa wifi. Kami sewa egg (mobile wifi) untuk 6 hari, KRW48,000. Harga per day KRW8,000. Coverage seluruh Seoul City kecuali Nami Island. So far kami guna memang ok, cuma problem bila bateri habis. Memang kena standby powerbank and nak senang charge siap-siap. Tips jimat bateri, time tidur off wifi. Any problem dengan wifi connection, call terus call center Olleh. They can speak English. Info lanjut pasal Olleh wifi boleh tengok dekat sini.

Kaunter Olleh. Sila tekan button dekat box yang disediakan di sebelah kaunter tu untuk amik nombor giliran. Aku sampai-sampai memang tak tahu apa-apa sebab dekat box tu no English. Aku tengok orang yang beratur kat situ pegang no giliran, aku pun tanya kaunter. Nasib baik depa boleh cakap Inggeris.

Wifi tu kami pegang selama 6 hari, masa nak balik baru pulangkan semula dekat kaunter yang sama. Deposit boleh guna kredit kad. Lepas settle urusan wifi, kami bergerak ke airport railroad, nak naik subway ke Hotel Tong Seoul, Dongdaemun. Hotel ni merupakan antara budget hotel di Seoul. Kami naik ekspres tren, harga mahal sikit dari tren biasa. Direct ke Seoul station. At Seoul station, beli kad T-Money, KRW2,500 dekat kedai macam 7eleven. Fungsi kad ni sama macam touch n go. Sebelum naik tren, kena top-up kad tu dulu guna mesin yang disediakan dekat pintu masuk setiap stesen. Dari Seoul station, tukar subway ke Jongno 5-ga. Dengan luggage yang berat tu kami memanjat eskelator, turun naik tangga. Tak sangka setiap pertukaran punyalah jauh. Dah tu berebut dengan orang-orang Korea yang jalan laju dan subway sentiasa penuh tu. Mr Suami dah mula tarik muka letih, aku pulak masih semangat nak snap pic.  

bercuti ke seoul korea
Toilet bilik kami. Tuala dan shower foam disediakan

bercuti ke seoul korea
Walaupun bilik kecil, tapi kami puas hati. Bilik bersih, ada tv dan wifi. Cuma tiada breakfast disediakan. 

Sampai hotel badan dah penat. Kami bersihkan diri, solat, makan bekalan yang kami bawa dan bersiap untuk keluar. Memandangkan hari dah lewat petang, kami decide just round area Dongdaemun. Berbekalkan map yang aku ambil dari airport dan hotel, kami pun memulakan perjalanan. Disebabkan dah letih dan otak pun baru nak digest baca map Seoul, malam tu hanya berjaya sampai ke Doota. Itupun masih tak jumpa kedai yang jual barang-barang murah. Lastnya day 1 kami hanya pusing-pusing Dongdaemun dan balik tidur sebab dah teramat letih. Flight delay, itineraries yang dah plan terpaksa tukar last minute. 

bercuti ke seoul korea
Doota Mall buka sampai pukul 5 pagi. 


bercuti ke seoul korea
Pyoung Hwa Market. Sebelah kiri Doota. Banyak jual sweater dan pelbagai pakaian wanita. 

Sampai di sini sahaja entry untuk day 1. Tunggu ya next entry. 
Semoga bermanfaat membaca BERCUTI KE SEOUL KOREA ~ MAY 2014 (PART 1).
3 Comments for "BERCUTI KE SEOUL KOREA ~ MAY 2014 (PART 1)"

Nisa, memang best. Rasa macam nak gi lagi je. hehee

hi kak nisa, nak tumpang tanya. berbaloi x kita sewa egg(mobile wifi)? boleh sewa terus kat sana atau kena book online dulu ker?
kita bayar terus ker mase nak ambil egg tu atau mase return nnti baru byr full?
tq

Back To Top