A MoMent to aPPreCiaTe

BERCUTI KE SEOUL KOREA ~ MAY 2014 (PART 4)

Plan nak ke Nami Island cancel last minute disebabkan tak book bas awal-awal. Nak naik subway ke sana pun agak jauh, dalam 1 jam perjalanan. Dengan tukar-tukar subwaynya plus lutut hubby I pun tak baik-baik lagi, terpaksalah aku cancel ke Pulau Winter Sonata tu. 

Tak jadi ke Nami, kami ke War Memorial Museum of Korea. Dibuka pada 10 Jun 1994, muzium ini menunjukkan kepada para pelawat segala kepahitan dan kesengsaraan yang dialami semasa zaman perang di Korea. Muzium ni memang unik dan menarik. Jadi tak rugi luangkan masa melawat muzium. Masuk percuma walaupun muzium ini sangat besar hingga tak larat nak lawat semua tempat serta disediakan 4D show kepada para pelawat.

Direction: Samgakji Station (Subway Line 4/6), exit 12. Jalan lebih kurang 5 minit dari exit. Dibuka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali Isnin. 




































Selepas itu kami ke Trick Eye Museum. Turun di Hongik University Station (Line 2, AREX), exit 9. Kami tak lunch lagi masa ni, so kuar ikut exit 8 untuk ke Istanbul Kebab. Dari exit 8, hala ke kanan, jalan sampai kedai hujung jumpa roundabout. Dari situ hala ke kanan, jalan terus depan tu nampak kedai signboard merah sebelah kiri.




















 Dalam bangunan yang sama ada Ice Museum. Tiket bayar sekali dengan Trick Eye Museum.




Dari Ice Museum, kami ke Hope Market. Hope Market ni dekat dataran berdepan Hongik University.Kebanyakan jual barang kraf. Kami tak beli apa-apa pun di sini.

Pintu masuk Hongik University


 Hongdae Market

Hello Kitty Cafe. Ramai sangat orang siap beratur lagi, maka kami tak jadi nak singgah

Naik subway terus ke Namsangol Hanok Village. Masuk percuma dan ditutup setiap Selasa. Kalau nasib baik dapat tengok acara yang dipersembahkan. Masa kami sampai baru je habis acara. Tak ada rezeki nak tengok. 

Direction: Chungmuro Station (Subway Line 3/4), exit 3/4. 

































Kesian Mr Suami dah sakit kaki






Ahjussi sedang membuat anyaman

Pelbagai permainan yang boleh dicuba



Berakhir sudah perjalanan kami hari ke-4. Esok hari terakhir menjejak Korea. 

Semoga bermanfaat membaca BERCUTI KE SEOUL KOREA ~ MAY 2014 (PART 4).
0 Comments for "BERCUTI KE SEOUL KOREA ~ MAY 2014 (PART 4)"

Back To Top