A MoMent to aPPreCiaTe

6 Tempat Menarik di Melaka

Melaka merupakan sebuah Bandaraya Bersejarah. Terletak di lokasi strategik di barat laut Semenanjung Malaysia dan Selat Melaka. 

Pelbagai sejarah dikaitkan dengan Melaka. Bermula dari Parameswara, hikayat Hang Tuah, Sultan Melaka, Puteri Hang Li Po serta kesan jajahan Portugis, Belanda dan British. Dengan pelbagai sejarah silam, tentunya terdapat banyak "tempat menarik di Melaka" yang boleh dilawati.

Bagi mengetahui sejarah Melaka secara lebih dekat, berkunjunglah ke Melaka. Lihat sendiri kesan jajahan di zaman datuk nenek kita. Barulah kita menghargai kemerdekaan masa kini. 

Biasanya apabila musim cuti sekolah atau cuti umum, Bandar Melaka memang sesak. Homestay pun kebanyakannya penuh. Nak sewa hotel agak mahal bagi yang datang bersama keluarga beramai-ramai. 

Untuk itu, saya nasihatkan agar membuat tempahan awal jika merancang untuk bercuti ke Melaka terutama pada musim cuti. Rancang percutian anda dengan membuat tempahan awal dengan mudah dan harga yang berpatutan di Booking.com.

Berikut merupakan SENARAI TEMPAT MENARIK DI MELAKA yang wajib dikunjungi:-

1. Porte De Santiago/A Famosa Kota Melaka
A Famosa merupakan kubu binaan Portugis pada tahun 1511 dan terletak di tengah Bandar Melaka. 

Kubu ini kemudiaannya telah musnah teruk semasa kemasukan Belanda pada tahun 1641. Selepas kemasukan British tahun 1808, tinggalan kubu yang masih ada telah dikekalkan sehingga kini. 

tempat menarik di Melaka

2. Bukit St Paul
Jika anda berada di A Famosa, Bukit St Paul terletak di belakang A Famosa. Boleh menaiki tangga untuk ke bukit ini. Pemandangan yang cantik terhidang apabila sampai ke atas bukit. 


Taman tema ini terletak di Ayer Keroh, Melaka. Sila semak harga tiket dan waktu operasi sebelum ke sini. 

Cruise sepanjang Sungai Melaka ini mengambil masa 45 minit. Saya suka naik river cruise ni pada waktu malam. 

Pemandangan sepanjang sungai yang cantik dengan lampu-lampu yang berwarna-warni. Sepanjang perjalanan, radio dipasang yang menerangkan apa yang berada di sebelah kiri dan kanan sungai. Sangat informatif terutama buat pelancong asing.


5. Stadthuys
Binaan sejarah tinggalan Belanda di Melaka. Bersebelahan Stadthuys ialah Gereja Christ. Stadthuys kini dijadikan Muzium Sejarah dan Etnografi. 

Di sebelah luar bangunan terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai cenderamata yang menarik. 


Menara Taming Sari mengambil nama dari keris lagenda milik Hang Tuah. Menara ini terletak berhampiran Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade Shopping Mall. 

Dari menara ini anda berpeluang melihat Bandar Melaka dari pelbagai sudut. Pemandangan dari atas serius cantik, tak rugi naik. Bagi yang gayat, duduk diam sajalah dalam tu. 


Tempat yang saya senaraikan di atas kebanyakannya terletak di Bandar Melaka. Jalan kaki pun boleh dari satu tempat ke satu tempat. Kecuali Melaka Wonderland, kena naik kenderaan untuk ke Ayer Keroh. 



Sebenarnya terdapat banyak lagi tempat menarik di Melaka untuk dilawati macam Jonker Street, Muzium Maritim, Zoo Melaka, Taman Buaya, A Famosa Resort dan Taman Mini Malaysia.  

Tak larat nak senarai semua. Walaupun Negeri Melaka kecil, tapi banyak destinasi menarik yang boleh pergi dilawati. 



Hang Jebat dituduh menderhaka,

Negeri bersejarah namanya Melaka.


Semoga bermanfaat membaca 6 Tempat Menarik di Melaka.
2 Comments for "6 Tempat Menarik di Melaka"

ayer keroh melaka pun banyak tempat utk dikunjungi

Betul tu. Pendek kata kalau nak bercuti ke Melaka memang banyak tempat boleh dilawat.

Back To Top