A MoMent to aPPreCiaTe

Korban dan Aqiqah Online di Kemboja

Selepas berakhirnya Aidilfitri pada bulan Ogos yang lepas, tidak lama lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Qurban/Aidiladha pada 10 Zulhijjah ini. Sempena Hari Raya Qurban dan hari Tasyrik pada 11,12 dan 13 Zulhijjah, kita sebagai umat Islam dituntut untuk menyembelih binatang tertentu dengan tujuan untuk beribadah atau mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Sebagai umat Islam, hukum qurban adalah sunat muakkad (dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan)

Bagi memudahkan umat Islam di zaman cyber yang ingin melaksanakan ibadah korban dan aqiqah, pihak Equrban Resources Sdn. Bhd. telah menyediakan satu program untuk umat Islam menunaikan ibadah ini di Kemboja. 






Kelebihan eQurban:-

1. Lembu-lembu adalah ternakan sendiri di ladang mereka di Stungstreng, Kemboja dengan usahasama Koperasi Muslim Kemboja. 
2.  Tempahan boleh dibuat secara online. Mudah dan jimat masa.
3.  Tempahan bagi aqiqah sepanjang tahun.
4. Dapat membantu ekonomi saudara Islam di Kemboja.
5.  Berpeluang menjadi rakan niaga eQurban tanpa modal untuk menjana wang sampingan.

Jika saya serta program ini, apakah bukti ibadah qurban tersebut telah dilaksanakan?

- Pihak eQurban akan mengeluarkan sijil aku janji dan menghantar gambar ibadah qurban telah dilaksanakan sebagai bukti kepada anda. Anda juga boleh menyemak status tempahan secara online di website eQurban

Berapakah harga korban untuk:-

1 bahagian lembu?
- RM280.

1 ekor lembu?
- RM1,960

1 ekor kambing?
- RM550





Berikut merupakan hikmah berkorban:-
1. Mengingatkan kita kepada erti pengorbanan besar Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s
2. Sebagai tanda pengabdian diri dan ketaatan diri kepada Allah s.w.t
3. Menambahkan ikatan kasih sayang dan persaudaraan sesama Islam apabila kita menyedekahkan daging korban tersebut kepada insan yang memerlukan

Syarat-syarat binatang yang boleh dikorbankan ialah:-


Binatang yang hendak dikorbankan mestilah mempunyai ciri-ciri tidak cacat, tidak sakit, tidak buta, tidak berkurap dan tidak kurus. Binatang yang sah untuk dikorbankan adalah seperti berikut :

  1. Kambing biri-biri – berusia satu tahun dan ke atas.
  2. Kambing biasa –  berusia dua tahun dan ke atas.
  3. Unta – berusia lima tahun dan ke atas.
  4. Lembu atau kerbau – berusia dua tahun dan ke atas.

Bagi yang berminat untuk menjalankan ibadah korban atau aqiqah di Kemboja, bolehlah menghubungi pihak eQurban melalui website ini
Semoga bermanfaat membaca Korban dan Aqiqah Online di Kemboja.
0 Comments for "Korban dan Aqiqah Online di Kemboja"

Back To Top