A MoMent to aPPreCiaTe

6 MAKANAN PALING SIHAT DAN MURAH DI DUNIA

Makanan yang sihat tidak semestinya mahal. Ramai yang membayangkan makanan yang sihat tentulah mahal. Sebenarnya, kita boleh dapatkan makanan yang paling sihat di dunia dengan harga yang murah. 

Di bawah ini suka aku senaraikan MAKANAN PALING SIHAT DAN MURAH DI DUNIA :-

1. Tomato


tomato


Kalau tak suka tomato yang besar, boleh makan baby tomato. Khasiatnya : Kaya dengan vitamin A dan C, zat besi dan serat yang boleh mengekalkan kecegasan. 

2. Bawang Putih

Bawang putih dikatakan dapat mengawal berat badan kerana kandungan di dalamnya boleh membantu nafsu makan. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme untuk membakar kalori di dalam badan. Bawang putih pun antara makanan paling sihat di dunia. Tak perlu keluar duit mahal-mahal nak kurus.

3. Kunyit


makanan paling sihat di dunia

Kandungan kurkumin dalam kunyit membantu proses pencernaan dan boleh mengurangkan kembung perut.

4. Bawang Besar

Banyak khasiat yang boleh diperolehi dari bawang besar ni. Antaranya kandungan flavanoid yang berupaya melindungi sel-sel dalam bada daripada kerosakan akibat radikal bebas. Kandungan kuersetin boleh melambatkan pertumbuhan tumor dan melindungi tubuh dari ancaman kanser terutamanya kanser usus besar.

5. Sayur Bayam

Boleh membantu mencegah osteoporosis. Vitamin K dalam bayam dapat membantu tulang untuk menyerap kalsium dan menjadikan tulang lebih kuat.

6. Lemon

Air lemon mengurangkan masalah pening, mual, mengurangkan depresi dan tekanan darah tinggi. Jadi, bila rasa pening kepala tu, bolehlah minum air lemon.


makanan paling sihat di dunia

Itu sahaja 6 makanan paling sihat dan murah di dunia. Boleh gabungkan tips ini dengan 10 cara kurus dengan cepat untuk jalani gaya hidup yang sihat

Makanan paling sihat ini sudah tentunya membantu untuk kurus tanpa ubat kurus. Tips-tips lain untuk mendapatkan badan yang langsing, boleh dapatkan di sini.

RAHSIA BADAN LANGSING l LANGSING DALAM 30 HARI

Untuk ketahui dengan mendalam cara gaya hidup sihat, boleh dapatkan ebook Cara Hidup Sihat jika berminat.



Semoga bermanfaat membaca 6 MAKANAN PALING SIHAT DAN MURAH DI DUNIA.
0 Comments for "6 MAKANAN PALING SIHAT DAN MURAH DI DUNIA"

Back To Top