A MoMent to aPPreCiaTe

9 CARA KURUSKAN BADAN

Ada banyak cara untuk kuruskan badan sebenarnya. Maka, terpulang kepada anda nak pilih cara yang sesuai dengan diri sendiri.

Di sini, aku senaraikan 9 cara untuk KURUSKAN BADAN:-

1. Kurangkan makan makanan masin

Selain makanan berlemak dan manis, makanan masin juga perlu dielakkan. Garam yang banyak dalam tubuh boleh membuatkan cairan terkumpul dalam badan dan sekaligus membuatkan berat badan anda susah nak turun. Garam juga boleh memyebabkan penyakit hipertensi.

2. Elakkan stress

Stress boleh mengeluarkan hormon kortisol yang merangsang nafsu makan, melambatkan metabolisme serta menambah lemak di bahagian perut. Dengan ini, matlamat anda untuk 'kuruskan badan' akan gagal. Keadaan yang tenang dapat mengurangkan rasa stress. Cuba lakukan perkara yang boleh menghilangkan stress setiap kali anda berasa stress.

3. Kurangkan berjaga malam

Menurut kajian, hormon lapar akan meningkat dan hormon kenyang akan menurun apabila kekurangan tidur. Oleh itu, disarankan mendapat masa tidur yang cukup mengikut umur anda.

4. Banyak bergerak

Jika anda bekerja di pejabat, lakukan senaman ringan seperti regangan tangan dan kaki. Senaman ringan ini boleh meningkatkan pengeluaran kalori selepas berjam-jam anda duduk di kerusi.

5. Amalkan makan di meja makan

Makan di meja makan boleh membantu agar makanan dicerna dengan baik. Jika anda makan sambil menoton tv, ia boleh mengurangkan rasa nikmat ketika makan dan mengakibatkan anda mudah untuk mencari sesuatu untuk dikunyah.

6. Kurangkan makanan berlemak

Makanan berlemak boleh menambah jumlah kalori dan boleh menjadi lemak degil. Anda masih boleh makan makanan berlemak, tetapi kurangkan jumlah pengambilan.

7. Jadual pemakanan yang teratur

Jika kita makan mengikut jadual pemakanan yang teratur, makanan yang dimakan dapat dihadam dan dicerna dengan mudah dan cepat. Sebaiknya makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap.

8. Elakkan produk tenusu

Jika amalkan yogurt rendah lemak, susu atau keju rendah lemak 3-4 kali sehari, anda mampu mengurangkan 70% lemak dari tubuh. Ini kerana, susu berperanan membakar lebihan lemak. 

9. Mengunyah dengan sempurna

Makanan yang dimakan dengan lumat dan hadam dapat membuatkan anda berasa cepat kenyang. 

cara kuruskan badan


Amalkan 9 cara kuruskan badan di atas, insyaAllah anda akan mendapat berat badan yang diidamkan. 

Anda juga boleh dapatkan ebook rahsia badan langsing dalam 30 hari jika mahukan cara lebih details untuk kurus dengan cepat. 

Anda mungkin juga meminati ebook cara hidup sihat yang boleh membantu anda untuk jalani kehidupan harian dengan gaya hidup yang sihat. 

Semoga bermanfaat membaca 9 CARA KURUSKAN BADAN.
0 Comments for "9 CARA KURUSKAN BADAN"

Back To Top